Hafiz Shafie | Emas & Kewangan
1.78K subscribers
1.59K photos
40 videos
1 file
912 links
Saya Mohamad Hafiz b Shafie, penulis blog www.hafizshafie.com. Saya Master Dealer Public Gold dalam PGG100 Network. Hubungi saya 24/7 jika kalian perlu bantuan untuk memulakan simpanan emas Public Gold.
Download Telegram
Misi ubah hidup 1000 keluarga di Miri.

Cara kami bekerja mencapai 1juta pertama ni mungkin nampak macam kolot. Nak kena belajar menabung dulu. Bila dah pandai menabung, ajar jana income sambil menabung emas.

Saya tahu, ramai dekat luar sana sibuk mencari magik untuk RM1juta pertama dalam masa singkat. Try labur sana, try labur sini.

Akhir sekali, duit tak bertambah. Masa berlalu tanpa ada value. Jadi..Menabung dah selesai. Dah jadi habit. Duit dah tak bocor. Kita tetap bertambah kaya.

Jadi..Macam mana nak jana income sambil menabung emas? Klik link publicgoldofficial.com/hafizshafie/pgdealer untuk lanjut tentang peluang sebagai dealer Public Gold
Antara view di Miri Sarawak.
Bandar yang tenang. Dan yang cantiknya berbukit dan tepi laut.

Kalau bukan kerana Public Gold, mungkin saya tak sampai kat sini. Dan kami sampai sini pun duduk di hotel seminar, dan di airport saja. Memang datang dengan misi ubah 1000 keluarga.

Supaya...

1) Yang bekerja makan gaji, mereka bekerja dengan lebih tenang. Bukan lagi bekerja sebab duit, tapi sebab minat. Duit dah ada melalui pasif income bisnes Public Gold.

2) Yang berbisnes, mereka berpeluang jadi kami punya bisnes partner, dan dapat lifetime profit sharing. Pemerhatian saya, orang bisnes, mereka lebih pantas dari orang biasa.

Klik link publicgoldofficial.com/hafizshafie/pgdealer untuk lanjut tentang peluang sebagai dealer Public Gold
Apa beza emas 916 dan emas 999? Yang mana patut kita beli?
Yang mana lagi untung?

Emas 916 atau emas 999. Yang mana patut kita beli?

Pertama yang kita kena tahu...

Emas 916 ni kalau di Malaysia, gunanya untuk perhiasan. Berbanding emas 999, emas 916 lebih keras disebabkan oleh campuran logam-logam yang lain.

Emas 999, adalah emas pelaburan. Ia lebih lembut. Dan tak sesuai untuk jadikan barang kemas yang macam-macam design tu. Susah untuk di ukur, senang patah.
Dari sudut potensi simpanan

Emas 916 memang khas untuk perhiasanan. Sebab susut nilai dia tinggi. Boleh cecah 20% hingga 30%. Ada yang sampai 40%. Ada lagi kos upah.

Pendek kata, kalau harga emas tak naik tak turun. Kita rugi terus 30% setelah membelinya.

Kalau beli emas untuk menabung dalam jangka masa panjang. Lebih 2 tahun ke atas. Beli emas 999 seperti ini jauh lebih untung.

Sebab apa?

Emas 999 yang dekat tangan saya ni. Spread cuma 6%. Kalau harga emas naik 10%, saya jual dah boleh untung dari sudut RM.

Ada yang cakap. Baik beli emas 916 sebab boleh guna dua dua...Betul juga apa yang dia cakap..

Cuma..umpanya..macam kapak dengan penukul. Baik beli kapak je, sebab boleh guna dua2?

Salah kan..Nak ketuk paku, kita boleh guna tukul. Tapi kalau nak potong kayu, kita guna kapak..

Boleh beli dua-dua. Emas 916 ke 999. Yang penting, ikut matlamat kita beli emas.
Kalau nak beli goldbar dan dinar, beli terus di aplikasi Public Gold melalui bimbingan dealer.

Harga per gram lebih murah. Sekarang RM356 per gram sahaja. Waktu nak keluarkan fizikal, tambah sikit gold premium dalam RM15 sahaja.

Dan kedai emas harini dah cecah sekitar RM400 sekeping 1gram.

Segala macam jenis design ada.

Bisnes utama Public Gold memang bisnes emas 999 goldbar dan dinar. Walaupun ada juga emas 916.

Bisnes utama kedai emas ialah emas perhiasan 916. Bukan goldbar dan dinar.
Beli emas di kedai emas, beli emas dapat emas sahaja. Lepas dah beli, terus putus hubungan dah dengan kedai emas.

Kita nak jual, nak gadai, nak guna emas untuk apa nanti? Semua tak ada yang nak ajar dan kongsi pengalaman.

Dengan Public Gold, bukan sekadar dapat emas, ilmu menjadi bertambah kaya dengan emas pun dapat.

Malah, ada peluang untuk jana pendapatan sambil menabung emas. Tapi, nak jana income pun kena ada ilmu. Takda jalan pintas untuk berjaya.

Nak tahu peluang jana income RM5k sebulan dalam tempoh 18 bulan? Boleh follow talk show malam ni yang disampaikan oleh penulis buku Nak Kaya Seribu Daya, Pn Marlia Ramli.

Rugi sape tak follow malam ni…
Syukur, saya rasa inner circle saya yang saya kenal sejak dari bangku sekolah tidak ada yang terlibat dengan "skim pelaburan emas" yang tengok kecoh-kecoh delay payment sekarang ni.

Sebab majority kami dah belajar dari pengalaman lepas tahun 2014 yang lepas tentang skim pelaburan emas Tok Belagak. Dan ramai yang move on dan belajar dari itu tentang "tiada jalan pintas" untuk kaya.

Dua tahun lepas, sekitar tahun 2022 saya bersembang dengan sahabat saya, tunjuk tentang tawaran pelaburan emas yang tengah hangat sekarang. Masa tu baru nak femes, dalam masa kurang 5 saat sahabat saya tu cakap "scammm".

Pantas sunggoh jawapannya.

Kami sama-sama buat bisnes. Kita melihat asas bisnes itu sendiri kita boleh agak itu bisnes betul atau scamm. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau pondan! haha

Tapi itulah, kalau ada juga yang terkena. Memang dijadikan pengajaran saja. Cukup kena scamm sekali sudah lah. Kalau berkali-kali tu namanya "bodoh + sombong".

Scam pelaburan ni memang dicipta dengan begitu sistematik untuk majoriti kita rugi! Hanya sebilingan kecil saja yang untung. Yang cipta skim-skim bijak ya. Mereka sudah bersedia dari segala sudut.

Hakikatnya, bisnes mereka cuma rolling modal pelabur lama kepada pelabur baru saja. Itu saja asasnya. Cuma untuk nampak pelaburan itu logik akal, macam-macam terma mereka keluarkan. Macam-macam pengiraan mereka tunjuk untuk kaburkan mata kita.

Sudah-sudahlah mengharapkan duit yang terlebur akan dapat balik. Move on saja ambil pengajaran. Belajar buat perkara yang betul dengan sabar.

Untuk pelaburan emas, tiada perkara ajaib dalam emas. Beli emas mesti boleh dapat emas fizikal. Tiada formula pelik-pelik untuk kaya dengan emas!

Klik publicgoldofficial.com/hafizshafie untuk mula menabung emas dengan betul
Tiada spekulasi dalam emas, simpan emas fokus kepada pelindung kekaayan sahaja. Tak perlu sibuk untuk belajar tengok graf.

Harga emas sudah pasti naik dalam jangka panjang disebabkan oleh nilai wang kertas makin lama, makin menyusut.

Jadi, apa-apa saving untuk capai matlamat dalam tempoh lebih 2 tahun dan ke atas, saving dalam bentuk emas. Lebih selamat dari kejatuhan nilai wang ringgit.
10 Dinar ni dulu sekitar RM12000.
Tak dulu sangat pun. Baru bulan 10 tahun lepas. 6 bulan lalu.

Harini 10 Dinar dah lebih RM15,000. Kenaikan harga sekitar RM2000 dalam tempoh 6 bulan.

Tapi saya tak jual walau harga naik.

Saya menabung emas untuk jangka panjang. Kita tak jual emas, tapi kita cairkan emas kepada hartanah, rumah bila dah capai target nanti.

Klik publicgoldofficial.com/hafizshafie untuk mula menabung emas
Jaminan Beli Balik

Ini antara yang paling penting sebelum beli emas. Nak beli emas banyak tempat boleh jual. Cuma bila nak jual emas?

Tak banyak tempat yang boleh beli balik emas kita dengan mudah.

Emas rosak? Calar? Kemek? Resit hilang?
Banyak tempat tak nak ambil balik emas kita.

Namun….

Public Gold tidak ada masalah untuk ambil dengan harga macam emas baru.

Kemek, calar, hilang resit. Boleh jual dengan aman.

Ini contoh emas-emas jenama lain yang mana ramai ambil peluang jual kepada Public Gold dengan harga yang tinggi.
𝗠𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿, 𝗶𝗻𝘃𝗲𝘀𝘁

Baiklah, saya nak kongsi tentang “pelaburan” dari sudut pandangan orang kaya.

Syukur, dalam circle Public Gold saya, mereka semua kaya, ada yang multi jutawan, tapi kekal humble, dan buat pura-pura tak kaya. (Contoh pura-pura tak kaya ni nanti saya kongsikan dalam penulisan akan datang).

Melabur…

Rata-rata orang kaya yang saya kenal, mereka memang “melabur” bermula dari mereka duit cukup-cukup ada lagi.

Namun, melabur yang kita kena faham ialah, bukan sekadar “letak duit” dan menanti pulangan duit lebih banyak masuk dalam bank sambil goyang kaki..

Tak…

Waktu duit tak banyak. Mereka melabur, untuk ilmu. Mungkin dengan modal cuma RM50, boleh dapatkan ilmu, dan dari ilmu itu ada hasil dari sudut duit. Ini pun melabur.

Orang biasa-biasa? Masih berkira untuk beli buku, sebab kita tak anggap itu pelaburan.
Phone…

Mereka beli phone yang terbaik untuk jimat masa buat kerja dengan kualiti yang terbaik. Ini pun “melabur” bagi orang kaya.

Orang biasa? Beli phone sekadar nak ikut trend dan bergaya…

Banyak lagi contoh, nanti saya penuhkan contoh di blog saya..

Jadi, itulah perspektif sebenar “pelaburan” bagi orang kaya..Maca sudut.

Kalau orang kaya melabur duit dan dapatkan duit seperti apa yang orang biasa-biasa faham, itu sebenarnya duit yang mereka lebih, tak tahu nak buat apa dah. Dari dimakan inflasi. Baik melabur duit yang lebih banyak tu.

Tapi orang biasa, duit cukup-cukup makan. Sibukk nak melabur akhir sekali jadi lebur. Tak ada ilmu asas kewangan, dan akhir sekali mudah tersangkut dengan skim-skim pelaburan “too good to be true”.
Pesan mentor saya “ Mana-mana pelaburan yang menjanjikan untung lebih tinggi dari ASB dan Tabung Haji, semuanya scam kecuali disahkan oleh pakar….”

Jadi, hati-hati..

2013 - 2014 scam Tok Berlagak. Okey lagi sebab masa tu tak ramai guru-guru kewangan kongsi ilmu free di socmed.

Sekarang, walau guru kewangan dah pesan. Pun masih ramai yang kena.

Scammer ni bijak tuanpuan. Mereka dah susun strategy untuk dia comfirm untung. Kita yang masih awal saja untung (kalau untung)…

Jadi, duit banyak-banyak, paling selamat simpan dekat Tabung Haji sahaja untuk jangka pendek
Dapat dividen..

Untuk jangka panjang, convert kepada emas fizikal. Terbukti kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang disebabkan jatuhnya nilai wang kertas.
Ini goldbar 5gram. Saya kalau customer tersilap beli 5gram ni dengan cara belian biasanya pun saya bagitau cepat-cepat dengan cara yang lebih baik.

5gram ni, kalau belian terus RM1950.
Belian dekat GAP harini cuma RM1845 + RM10.

Dengan GAP ibarat discount RM95.

Walaupun dua-dua cara ni dapat goldbar 5gram. Saya rasa bersalah kalau customer saya tersilap beli dengan harga RM1950..

Dalam syarikat emas di planet Nameck, ada ejen boleh pulak dah promot beli emas alam bunian planet saiya, dan sucikan diri dengan satu video sahaja?

Ishh..Dunia dunia…