Ammar Zahar
1.6K subscribers
138 photos
1 file
260 links
Business Tips by Ammar Zahar
Download Telegram
Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat dan saya pun dah release Modul 1 Marketing Automation dekat web Ikon.

Bagi yang dah dapatkan, boleh login dan tonton Modul 1. Modul 1 ni durasi dia 48 minit.

Yess, pengenalan pun saya ambil masa sehingga 48 minit untuk terangkan sebab benda ni bagi saya Fr3$H so nak kena bgi faham bebetul.

Modul 2 dan seterusnya, akan menyusul ya.
2 bulan kebelakangan ni memang betul-betul mencabar buat saya tapi Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dan semuanya akan berakhir..

Selepas pulih dari masalah kesihatan, saya sedikit sibuk bila disahkan anak saya pula perlu mendapatkan kad OKU selepas didiagnos pakar.

Bermulalah urusan di JKM, terapi, dan urusan penukaran sekolah dan sebagainya. Ini pun tak habis lagi tapi segalanya semakin jelas untuk masa depan dia.

Selepas tu diuji lagi dengan keguguran kandungan anak saya ke-4. Satu lagi episod kesihatan, proses keguguran, dan berpantang. Maka saya sibuk lagi untuk menjaga 3 orang anak sementara isteri saya pulih.

Ujian demi ujian ini sedikit sebanyak memang mengganggu perjalanan bisnes saya tapi tidak sedetik pun membuatkan saya rasa ingin berhenti.

Walaupun ianya mencederakan emosi, memberi tamparan mental kepada saya sekeluarga untuk melaluinya.

Saya hanya anggap ianya satu traffic light merah untuk perjalanan saya sementara saya sambung semula perjalanan panjang ini.

Yang saya bersyukur, saya dah banyak automasikan kempen saya jadi bsnes saya yang D2C tak ada masalah sebab ia berjalan tanpa saya.

Tapi yang effect banyak adalah dekat bsnes yang saya tak boleh automasikan iaitu yang melibatkan klien-klien saya.

Kalau lah saya diberi peluang dan akses untuk automasikan bsnes diorang, dah tentu senang kerja semua.

Tapi nak buat macam mana.. Bila benda ni manual, dan saya pula diperlukan untuk handle maka ada banyak la yang tertangguh,

Maka, akan ada banyak kerja-kerja follow up saya kena buat bermula sekarang, hingga lah ke raya. Sebab banyak juga klien yang nak kejar untuk raya ni.

InsyaAllah, 2024 mungkin bermula lewat bagi saya. Namun, better late than never.

Saya nampak ada peluang yang besar untuk tahun 2024 ni.

Selepas setiap ujian, pasti akan hadir kemanisan. Selepas turunnya hujan, pasti muncul pelangi yang indah 🌈
Tengok Lion Dance ni menari, buat aksi akrobatik ni memang WOW. Macam senang je kan..

Tapi ramai yang tak tau..

Dulu masa saya meniaga satay dekat kedai makan bersama member saya lepas SPM, saya selalu tengok lion dance.

Cumanya saya tengok versi training la.

Restoran tempat saya menumpang tu sebelah je dengan sekolah cina.

Jadi dalam 2 bulan sebelum raya cina tu kira lepas je kita habis SPM hujung tahun.

Saya sendiri menyaksikan diorang training, betapa susahnya nak menari lion dance ni.

Yang join pun memang student. Join sebab nak buat duit masa raya.

Demi cari rezeki masa raya cina, diorang ni berlatih berbulan sebelum raya.

Yang kita nampak adalah masa diorang terloncat2 dengan mudah. Yang tukang pikul kat belakang tu pulak macam angkat beras je.

Hakikatnya masa training setiap malam tu saya saksikan..

Banyak kali diorang jatuh. Ada yang injured berhari-hari. Terkehel sana sini di tengah malam buta.

Semua tu orang tak nampak..

Orang nampak persembahan yang wow. Tapi orang tak nampak latihan yang keras tu.

Sama juga macam bisnes.

Orang nampak gula-gula banyak, tayang aset sana sini..

Tapi orang tak nampak apa yang berlaku kat belakang tabir.

Kegagalan, kemurungan, pertengkaran, kesakitan, semua itu adalah proses untuk menempa kejayaan.
Alhamdulillah, saya nak umumkan yang kesemua modul Marketing Automation ini sudah pun berada di dalam https://ikon.my/courses/marketing-automation/

Semua pembeli boleh login akaun dan tonton sehingga habis.

InsyaAllah kalau ada sebarang soalan, boleh ajukan kat dalam tu dan saya akan cuba membantu 😁

KHAS BUAT SEMUA FOLLOWER SAYA ‼️

Saya berikan preview Modul Pertama Marketing Automation secara PERCUMA yang anda boleh tonton di:

https://ikon.my/courses/marketing-automation/5283/

Ianya adalah video panjang selama 48minit. Enjoy ya! βœ…
Setiap kali masuk bulan Ramadhan, saya akan pivot aktiviti marketing yang tak berkaitan dengan raya dan saya akan buat marketing yang berkaitan raya. Selain tu saya akan support klien saya yang buat bisnes berkaitan dengan musim perayaan.

Macam biasa, masa nak raya mesti produk-produk yang tak berkaitan dengan raya akan slow jualan dia. Kalau kita tak pivot marketing kita ke arah β€˜raya’, memang betul sendu.

Produk yang berkaitan dengan raya pula akan meroket sales dia. Contohnya macam kuih raya, baju raya, dan lain-lain.

Bila masuk musim raya ni, mindset orang akan tertumpu kepada raya sahaja. Tak fikir benda lain.

Sebab tu kita kena change strategi kalau tak nak bisnes kita sendu di musim raya. Yela takkan kita yang bisnes insurans ni tetiba nak jual baju raya pulak kan.

Tapi boleh je jual insurans lagi cuma kempen marketing tu kena terarah kepada raya.

Macam mana nak buat?

Saya dah berzaman buat strategi ni sejak belasan tahun lepas lagi..

Kali ni saya nak kongsikan strategi buat duit musim raya dan saya kelaskan kepada 3 kumpulan.

Nak tau dan nak join secara PERCUMA, anda hanya perlu ke laman web bizraya.com dan daftarkan details anda mengikut kumpulan yang anda wakili.

Saya akan sambung brief melalui email nanti..

Jumpa lagi di email pula! πŸ˜‰
AI adalah the next Internet, the next social media, the next Bitcoin. Kalau kita tak kuasai bermula sekarang, mesti kita akan rugi juga kemudian nanti.

Saya dulu masuk dalam dunia perniagaan internet ni sejak zaman FB belum ada lagi. Zaman forum, blogging lagi. Tu lah permulaannya.

Saya masuk zaman FB ads ni masa FB dok merayu kat user dia suruh buat ads sampai dia bagi kupon banyak-banyak.

N then bila zaman Bitcoin, saya buat derk n rasa tak penting n tak nak percaya.

Akibat dia, saya lambat masuk. Hambik ko Bitcoin sekarang kenaikan lebih tinggi dari gold.

Saya masuk lambat, sekitar 4 tahun lepas. Menyesal tu ada, tapi sempat gak la merasa untung walaupun sikit masa PKP haritu.

Sebab tu kali ni bila masuk saja AI 2 tahun lepas, saya terus study dan kaji.

Saya guna betul-betul. Macam-macam projek, task, sejak 2 tahun lepas menggunakan AI.

Projek masakan, develop system, marketing, design, semua pakai AI dah sekarang ni.

Secara beransur-ansur juga saya berjaya kurangkan overhead cost saya bulan-bulan hanya dengan mastery AI sahaja.

Nasihat saya, kalau anda masih lagi tak jadikan AI sebagai tools utama bisnes anda, anda telah rugi besar. Lagi lambat anda kuasai, lagi menyesal lah anda dikemudian hari. Sama la macam kripto.
Bagi saya, setiap founder wajib kuasai AI. Tak semestinya nak kena power dekat yang advance-advance ni, tapi cukup just jadikan AI sebagai pembantu utama dalam bisnes.

Sebagai contoh, dengan AI kita tak perlu lagi nak pening kepala nak buat content.

Sebab AI boleh bagi idea, buatkan content, buatkan skrip, buatkan angle nak record, boleh jadi director video siap..

Dengan AI juga tak perlu kita nak buat business plan dan business proposal.

Saya ada satu bisnes yang penetrate market offline dan setiap rakan kerjasama saya memerlukan business proposal berbeza.

Instead of ambil masa berhari untuk saya buat business proposal tu, saya guna AI dan hantar proposal kepada dia tak sampai sejam lepas saya terima email. Mereka pun impress lalu sudi berkerjasama.

Satu lagi team saya selalu ketandusan idea untuk design kan label produk untuk klien kami.

Sebab lain-lain klien ni lain-lain kehendak diorang, demand diorang..

Jadi, dengan adanya AI ni saya gunakan terus untuk buat design label produk siap dengan logo.
Semua label ni disiapkan dalam masa setengah hari saja guna AI.

Ada banyak lagi case study yang saya ada..

Saya nak kongsikan dengan founder-founder diluar sana tentang kelebihan AI yang saya gunakan..

Dan saya nak kongsikan secara P.E.R.C.U.M.A saja.

Tak payah bayar la untuk belajar AI ni sebab saya rasa benda ni senang sangat.

Sempena Ramadhan ni, saya nak beramal juga nak berkongsi ilmu premium ni kepada anda yang berminat.

Siapa founder-founder diluar sana yang nak kurangkan overhead mereka dan boost inc0me serta produktiviti mereka, boleh la join sessi tertutup ni..

Saya akan buat sekali saja sessi ni nanti ya buat masa ni.

Bagitau saya kalau nak join. F.R.E.E je. Nanti saya bagitau tarikh privately.

P/S Poster dibawah ni pun dijana oleh AI juga πŸ˜†
Bagi siapa yang berminat nak join webinar PERCUMA Ai Founder’s Blueprint, boleh masuk ke laman web πŸ‘‡

https://founderkit.my/ai-founder-blueprint

Dan daftarkan NAMA, EMAIL, DAN NO PHONE.

Saya akan emailkan details webinar PERCUMA ni pada hari ni πŸ—“οΈ.

Tapi bagi siapa yang tak ada masa untuk join webinar ni, atau nak join webinar dan nakkan rakaman sekali supaya boleh buat rujukan, boleh tempah sekali rakaman ya. 😁
Bisnes zaman sekarang, semuanya tentang SPEED.

Kalau kita ada duit lebih, kita bayar untuk percepatkan benda. Cepatkan dapat formula, cepatkan dapat ilmu, cepatkan dapat selesaikan, cepatkan dapat result.

Sebab persaingan memang dah tak hagak hagak ramainya sekarang.

Masa kita tengah leka, baru nak try n error, masa tu ada pesaing kita dah dapat formula tu dan sailang kita gitu je.

Macam buat produk kan..

Saya dapat banyak request orang nak buat produk jelly. Jelly putih la, jelly kughuih la.. Jelly sumi je xde lagi πŸ˜‚

Dan saya akan nasihatkan satu je..

"Kalau awak antara yg terawal dan awak boleh dapat laju kat marketing, ada setup distribution channel dah, kita boleh buat.

Tapi kalau awak nak keluarkan pun lambat lagi nak tungguloan lulus ke, tunggu bonus akhir tahun ke, pastu baru nak garu-garu rambut pikir cara nak juai, baru nak blaja apa itu personal branding, baik toksah la.

Sebab selain awak ni ada 10 orang lagi yang bagitau saya nak buat produk yg sama πŸ˜…"

Dunia bisnes adalah dunia yg ganas lagi kejam..

Siapa yg laju dapat makan Wagyu. Bagi yg slow, dapat la makan asap dia saje. Lagi2 yg slow nak bertindak dan slow nak ambik tindakan..

Sekarang ni saya sendiri pun terpakza makin lajuu..

Buat copywriting dulu 15minit 1 content, skang 10 saat pakai Ai πŸ˜†.

Zaman sekarang buat cepat dan gagal cepat lebih penting daripada buat lambat tunggu sempurna segalanya.

Namun yang paling teruk sekali adalah bila tak buat-buat langsung πŸ˜…
Innovate or die..🩸

Saban tahun mesti ada komplen tahun ni jualan paling teruk la, takde sambutan la, market pelik la..

Dah dekat 2 dekad saya meniaga ni bagi saya benda ni normal je saban tahun.

Sebab tu kita kena sentiasa innovate. Bila agak nampak macam nak slow je kita cepat-cepat innovate.

Jangan tunggu. Masa tengah selesa la nak innovate.

Innovate ni tak semestinya kena tukar teknologi je.

Kita boleh je innovate strategi. Tukar pricing model.

Contoh jual baju Melayu..

Dari standard biasa kita jual harga jenis sampai 180 selai kita tukar buatkan funnel jual kurta yang murah sikit then baru upsell baju Melayu.

Contoh jual kuih raya..

Kalau sebelum ni jual tart nenas, then tukar tart strawberry, tart apple, dll. Pun innovate jugak tu bila kita ada USP yang baru.

Ingat, tak semestinya innovate tu kena masuk dalam bidang teknologi je.

Faham, pakcik-pakcik meniaga susah sangat nak masuk Tiktok. Tak reti nak buat video, nak picit ads, nk buat live semua tu.

Dari tunggu kat booth, cuba innovate buat partnership dengan masjid-masjid dan surau-surau untuk edar katalog n ambik order.

Innovate juga tu..

Yang penting jangan stagnant. Time selesa jangan stagnant, time sendu apa tah lagi.

Kalau nak belajar macam mana founder dan peniaga boleh innovate dengan mudah, nanti saya share dalam webinar PERCUMA cara nak innovate dengan kos rendah
Sempena Jumaat terakhir di bulan Ramadhan tahun ni, saya ingat nak buat sharing pasal Quick Cash Digital.

Ye la hari tu saya share pasal founder, ada juga yang tanya pasal strategi buat duit cara cepat. Masa tu saya cakap saya share lain kali.

So ni ha, saya nak share pasal macam mana nak buat duit cepat dengan produk digital.

Macam saya, main business saya sejak 8 tahun lepas adalah produk fizikal dan juga software. Tapi everytime saya nak pump sikit untuk main biz saya, saya akan keluarkan produk digital dalam pelbagai niche.

Sejak tahun lepas bila Ai ni wujud dan saya begitu ketagih guna Ai, saya rasa benda ni lagi senang.

Daripada saya simpan sorang2 method ni setahun lebih, sempena Ramadhan terakhir di Jumaat ini, saya nak buat sharing pasal tajuk kat bawah ni dalam satu webinar PERCUMA.

Siapa minat nak join, tolong bagitau kat FB saya:
https://www.facebook.com/share/p/MDwcTZMCnZeauyVi/?mibextid=oFDknk
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya, Ammar Zahar. πŸŒ™
Akan datang ni, saya akan share pasal Smart Passive Income pulak sebab saya tengok rata-rata orang struggle bila selama ni hanya bergantung kat active income je.

Active income kena cari jugak. Tapi sebelum buat yang active, secure dulu yang passive.

Kalau ada prepare passive income yang cun bulan-bulan, bila active income drop kita ada backup nak survive sementara kita cuba naikkan balik active income.

Nanti saya akan bagi link zoom kat siapa yang berminat nak dengar sharing saya sejam lebih.
Siapa nak join webinar FREE ni, boleh komen kat post saya ni nanti saya bagi link

https://www.facebook.com/ammarzahar/posts/pfbid0W7d6AHKwHkPxWrLrPdYwzMQNmgK3uGe2dbZ5HXqN56UZQJNKUJm1f3a5ALSJhvFal
Kelmarin dalam webinar, saya kongsikan 9 jenis passive income yang saya buat dan 3 daripada 9 tu adalah jenis passive income yang SMART.

Kalau orang bisnes lain berlumba-lumba nak ada banyak jualan dan untung setiap tahun, saya berbeza sikit.

Saya mengejar passive income.

Sebab tu anda tak nampak saya beriya buat seminar macam dulu lagi dah. Seminar ni active income. Jadi saya memang dah jarang sangat buat.

Saya akan fokus buat dan perbanyakkan passive income saya setiap tahun.

18 tahun saya meniaga, saya dapat rasakan bila passive income kita banyak, kita akan lebih kurang stress, dan lebih banyak masa dengan keluarga.

Tapi bila passive income takde pulak.. Semakin banyak active income maka semakin stress lah kita dan semakin takde masa bersama keluarga.

Nak tau lebih banyak, saya ada kongsikan kat dalam webinar Smart Passive Income.

Saya tak tau lagi bila saya akan repeat webinar ni. Cuma nya, rakaman webinar haritu masih ada dan anda boleh dapatkan rakaman webinar Smart Passive Income tersebut dengan harga promosi di link berikut:

https://sabazar.biz/smart-passive-income

Selain saya bocorkan 9 jenis passive income yang saya buat, saya juga ada tunjukkan 3 jenis Smart Passive Income yang anda boleh buat serta merta.

Bagi yang dah join webinar atau dapatkan rakaman tu, jangan lambat-lambat untuk mula mengumpul passive income anda ya!
Jom join webinar Intro Extra Cash Digital pada malam ini secara PERCUMA.

Tarikh: 24/4/2024
Masa: 9 malam
Link: https://us06web.zoom.us/j/85070876135?pwd=o2Y9gIy5FivCa3Gxv3hqQP0fdtWEPa.1

Meeting ID: 850 7087 6135
Passcode: 471033
Jangan lupa malam ni webinar PERCUMA kita, 9 malam. Klik link diatas untuk join ya
Disaat kita sibuk bercuti, busy bertandang ke open house sahabat handai serta sanak saudara..

Pasti pesaing kita juga sedang busy untuk takeover kita dengan pelbagai plan dia.

Dulu saya belajar untuk fokus pada diri sendiri saja.

Tapi saya silap.

Saya tak ikut rentak pasaran, lalu tanpa saya sedari banyak strategi yang dirangka hanyalah syok sendiri.

Jadi usahawan ni keras gais..

Setiap masa bukan saja kena fokus pada hal sendiri.

Malah nak kena stalk jugak pasaran kita tu macam mana dan kemana direction pasaran.

Nak tak nak kena buat setiap masa walaupun semasa bercuti supaya tak ada tersilap percaturan.