Ammar Zahar
1.58K subscribers
138 photos
1 file
265 links
Business Tips by Ammar Zahar
Download Telegram
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Malam ni, ada 28 platform untuk buat F.R.E.E M4RKETING yang akan saya kongsikan. Slide dah siap dah. Ini semua tempat saya buat selama ni.

Setiap dari 28 tu, ada pecahan lagi. Contoh macam FB, baru salah satu. FB pun ada pecahan lagi macam reels, story, group, etc.

Saya tak pernah lagi kongsikan sebanyak macam ni platform yang saya pakai.

Tapi..

Malam ni kita kasi jadi.

InsyaAllah, siapa join malam ni dan praktik, boleh dapat hasil. Saya hanya nak menumpang saham akhirat saja nanti ya 😁
Semalam dalam webinar, saya kongsikan 28 platform FREE Marketing yang saya masuk dan 4 daripadanya adalah social media yang tengah meletup serta strateginya.

Kalau orang bisnes lain berlumba-lumba nak buat iklan dan kos murah, saya pulak berlumba-lumba masuk 'hidden' platform ni sebab tak nak bayar kos iklan 😁

FREE Marketing adalah wajib sekarang ni.

Sekarang kos iklan makin naik ditambah pula dengan cukai digital.

Keberkesanan dia belum tentu lagi bila buat iklan berbayar ni. Betul tak?

Sebab tu kena masuk KESEMUA 28 platform untuk buat FREE Marketing!

Nak tau lebih banyak, saya ada kongsikan kat dalam webinar FREE Marketing Secrets.

Saya tak tau lagi bila saya akan repeat webinar ni. Cuma nya, rakaman webinar semalam masih ada dan anda boleh dapatkan rakaman webinar FREE Marketing Secrets tersebut dengan harga promosi di link berikut:

KLIK SINI UNTUK TEMPAH RAKAMAN

Selain saya bocorkan 28 Platform FREE Marketing yang saya buat, saya juga ada tunjukkan 3 jenis strategi yang anda boleh buat serta merta.

Bagi yang dah join webinar atau dapatkan rakaman tu, jangan lambat-lambat untuk mula jalankan FREE Marketing ya!
Saya masih ingat lagi 4 tahun lepas, masa baru PKP.

Masa tu saya baru jual rumah. Just before PKP.

Saya study kat mana patut saya beranakkan duit saya.

Lepas study punya study, kaji punya kaji, saya nampak kripto. Bitcoin dan etherium.

Masa tu bulan Mac 2020, harga jauh beza dengan sekarang.

Tak lama lepas saya parking duit kat situ, kripto pun meroket tanpa rasa nak mendarat pun.

The rest is history.

Saya panggil strategy ni ‘The right strategy at the right time’.

Ini semua boleh dicapai dengan pengalaman, cara study dan kajian yang betul.

Baru-baru ni KWSP announce yang kita boleh keluarkan duit dari akaun 3.

Ini satu lagi peluang keemasan saya nampak.

Dengan keluarkan duit di tempat yang tak beranak cepat, kita selamatkan dia dan campak di tempat yang boleh beranakkan duit dengan cepat.

Kalau tanya saya, tempat yang paling bagus sekarang ni adalah dekat bisnes.

Kalau anda tak pandai bisnes, belajar.

Kalau takde masa, outsource.

Cost untuk start dan maintain bisnes sekarang ni berada tahap pada harga paling murah.

Dan anda berpeluang untuk dapat ROI yang tinggi.

Kalau takut-takut nak start atau nak kembangkan bisnes, join webinar-webinar PERCUMA yang saya buat.

Kot kalau takde masa nak join, dapatkan rakaman. Then spent masa free sikit, belajar dan buat.

Dengan teknologi Ai sekarang, nak buat bisnes sangat-sangatlah senang.

Tak tau la nak cakap apa kalau ada yang masih tak gunakan dengan efektif lagi.

Masa untuk take action adalah sekarang.

Sibukkan masa dengan aktiviti beranakkan duit berbanding kepoci dekat hal retis yang tiada kesudahannya.
Kali terakhir saya buat Personal Coaching adalah pada Oktober lepas. Tahun lepas, yang saya terima untuk personal coaching pula hanya 1 orang sahaja.

Tahun ni, dah nak masuk bulan 6 saya belum terima mana-mana individu mahupun usahawan untuk saya coach walaupun ramai yang bertanya dan meletakkan mahar.

Honestly, saya memang minat mengajar dan berkongsi ilmu.

Tapi realiti bisnes saya memerlukan saya berada di lapangan dan do the business berbanding mengajar orang lain do the business.

Namun.. Sepanjang tahun ni..

Saya ada terima beberapa orang yang kerap tanya nak join coaching dan sengaja saya letakkan harga yang tinggi seperti sipu lain supaya tak jadi orang join.

Cuma bila ada orang yang begitu bersungguh untuk join, tapi bajet mereka pula tak cukup tinggi,saya jadi serba salah pula nak menolak dan menolak.

Maka..

Saya nak buka peluang PERTAMA DAN TERAKHIR untuk tahun ni.

Kali ni saya bukan saja terima permohonan nak coaching ni untuk kesekian kali, malah saya nak bagi anda join pada harga yang SANGAT-SANGATLAH RENDAH.

Cuma instead of personal coaching, saya jadikan ianya group coaching.

Group coaching ni akan diadakan perjumpaan secara zoom setiap minggu pada waktu malam selama sebulan, dan join whatsapp group selama setahun.

Harga TAK SAMPAI RM 1000 pun saya offer kerana saya faham ramai usahawan tengah struggle dan memerlukan ilmu serta pengalaman 18 tahun saya dalam bisnes.

Perlu diingat, saya hanya buka dalam kuantiti yang terhad iaitu 10 orang sahaja maximum dan saya akan tutup setelah cukup 10 orang atau masuk hari Selasa ni.

Selepas tu saya akan tutup tawaran ni pada tahun ni.. Dan mungkin saya juga tak buka lagi dah tahun depan n seterusnya.

Beza dengan sebelum ni dimana saya hanya ajar 1 topik samada Tiktok, Facebook ads, dan benda-benda teknikal, kali ni buat pertama kalinya saya akan ajar perkara yang HANYA berkaitan dengan DUIT.

Bukan Ai, bukan ads, bukan tiktok, bukan benda teknikal..

Tapi..

Ini adalah rahsia dan strategi bisnes antaranya seperti..

➡️ Macam mana nak bangkit dari bisnes yang tengah drop.

➡️ Macam mana nak settlekan hutang ratusan ribu ringgit dalam setahun

➡️ Macam mana nak beranakkan duit dalam property, saham, dan kripto serta buat passive income ratusan ribu setahun

➡️ Macam mana nak bina bisnes dari zero dan jual bisnes tersebut untuk dapatkan cash lebih RM 1 juta dalam few years sahaja.

Semua ni adalah rahsia taikun-taikun yang tak pernah orang nak buat ebook dan seminar.

Tetapi sepanjang berniaga 18 tahun, saya berpeluang belajar sendiri dengan bos korporat berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri, ini kali pertama saya nak share dengan anda.

Saya gerenti anda tak pernah belajar di tempat lain melainkan anda mempunyai network korporat, atau anda labur join group coaching lain dengan yuran ratusan ribu ringgit.

And saya sendiri personally tak pernah dan takkan ajar topik ni melalui ebook, webinar, seminar, kerana ia mengandungi maklumat sensitif yang boleh kita gunakan loophole dalam sistem kewangan.

So, kalau anda berminat nak join, boleh whatsapp team saya di..

https://wa.me/60102000230 dan beritau apa kerja/bisnes anda sekarang, berapa bajet maksimum yang anda boleh bayar untuk join ni..

Saya akan pilih 10 orang yang bertuah untuk join.

Kalau tak ada 10 orang pun saya akan proceed dengan berapa yang nak join.

Saya akan stop promote peluang ni dan delete message promo ni setelah kuota cukup atau masuk Selasa depan.

So, kalau anda serious nak belajar, WhatsApp secepat mungkin selepas anda habis baca ya.
Update TERKINI ‼️

3 orang dah sahkan pendaftaran dan 5 orang berada dalam waiting list.

Ini bermaksud hanya tinggal 2 tempat kosong saja lagi.

Group coaching ni bukan biasa-biasa sebab saya hanya ajar benda yang high level.

Walaupun begitu, ia sesuai untuk newbie kerana topiknya berkaitan money.

Secara general, ini topiknya..

➡️ Macam mana nak bangkit dari bisnes yang tengah drop.

Ramai orang tengah drop tak tau nak buat apa dulu. Nak start dari mana. Patut start buat marketing ke, patut kumpul modal dulu ke, patut buang staf dulu ke, patut tak ambil gaji dulu ke..

Percayalah, 18 tahun meniaga saya dah lalu bisnes drop berkali-kali dan saya akan gunakan formula yang sama setiap kali. Dan ianya berkesan.

➡️ Macam mana nak settlekan hutang ratusan ribu ringgit dalam setahun.

Personal loan, business loan, credit card, hire purchase, housing loan, semua ni ada cara dia macam mana nak settlekan dalam setahun.

Ada loophole yang kita boleh guna melalui medium pelaburan seperti property, dan stocks yang sah boleh kita guna. Inilah cara-cara orang kaya biasa guna walaupun bisnes diorang jatuh teruk.

➡️ Macam mana nak beranakkan duit dalam property, saham, dan kripto serta buat passive income ratusan ribu setahun.

Ni yang paling high level saya nak share sebab anda boleh start dengan ZERO CAPITAL. Takde modal sesen pun boleh buat ratusan ribu Passive Income.

Dengan syarat, kena guna ketiga-tiga medium ni sebab medium-medium ni boleh dapatkan return dan income sehingga 200% kalau tahu caranya.

➡️ Macam mana nak bina bisnes dari zero dan jual bisnes tersebut untuk dapatkan cash lebih RM 1 juta dalam few years sahaja.

Macam mana nak bina any business dan kemudian jual bisnes tersebut dengan harga 1 juta atau lebih.

Ini expertise saya. Build to sell. Sebab tu anda tengok saya buat macam-macam brand sebab semua tu dah ada ready buyer menunggu nak beli bila dah matang. Saya akan kongsikan teknik ni.

Semua benda ni saya akan ajar 10 orang saja dalam bentuk coaching..

Saya tak buka dalam bentuk seminar sebab saya akan interview anda nanti one by one nak tau financial background, financial statement, etc.

Saya juga kenakan charge tak sampai RM 1000. Kalau semua 10 orang join, tak sampai RM 10,000 sales saya.

Saya takkan jadi lebih kaya dengan menambah hanya RM 10k dalam bank acc saya.

Tapi anda yang join, ada potensi untuk jadi lebih kaya dengan ilmu dan pengalaman yang bakal saya kongsikan nanti.

Ini ilmu aras tinggi yang tak semua orang nak kongsikan. Sebab kita akan manipulasi loophole yang ada.

Tak boleh ramai orang tahu. Itu sebabnya tokoh korporat pun tak nak bagitau ramai orang dan tak nak buat kelas.

And sebab tu juga saya hanya nak kongsi paling ramai 10 orang saja dan saya takkan share lagi benda ni akan datang.

Saya akan fokus balik projek-projek belakang tabir saya selepas saya habis share dekat 10 orang ni nanti.

Kalau anda nak join, ada tinggal 2 seat saja lagi boleh cepat-cepat inform team saya di 👇

https://wa.me/60102000230

Saya akan tutup rapat-rapat lepas 2 seat ni diambil orang ya.
Hari ni adalah hari TERAKHIR untuk membuat pendaftaran group coaching yang saya buka sebelum ini.

Update terakhir dari team saya semalam, hanya tinggal 1 seat kosong saja lagi.

Kalau ada sorang lagi join, saya akan tutup terus.

Kalau 1 kuota lagi tu tak diambil hari ni, saya akan tutup juga pada malam ni.

Sebab saya akan kick-start group coaching ni pada minggu ni juga persediaannya.

Esok, saya akan stop promosikan peluang ni.

Saya nak start projek saya yang lain pula behind the scenes.

Kalau anda tengok FB saya 2-3 hari ni, saya ada kongsi pengalaman cubaan saya untuk membeli kelab bolasepak.

Saya akan share juga macam mana kami dapatkan modal, dan plan untuk sustain invest terhadap projek tersebut.

Ini semua high level top secret yang tak pernah saya share kat orang.

Banyak kerja dan strategi belakang tabir saya buat selain rancangan beli kelab bolasepak.

Anda yang join group coaching ni, akan saya kongsikan bagaimana seorang anak penjual jajan seperti saya boleh menjadi mastermind untuk projek jutaan ringgit.

Semuanya kerana penguasaan finance, bisnes dan investment.

Hari ini peluang terakhir anda untuk merubah dari hidup biasa-biasa kepada hidup luarbiasa tanpa perlu menjadi popular.

Whatsapp team saya hari ni di https://wa.me/60102000230 untuk menempah slot terakhir ke group coaching.
Pandangan masyarakat, yang popular tu mesti KAYA.

Tau tak, saya jumpa ramai jutawan yang popular, dia sebenarnya tercari-cari cara macam mana boleh jadi kaya tanpa perlu popular.

Sebab jauh lebih banyak orang kaya tu tidak popular.

Populariti memang satu shortcut untuk jadi kaya. Bila lagi ramai orang kenal kita, lagi ramai tau apa yang kita jual. Secara tak langsung, jualan akan naik dengan mudah.

Tetapi dia akan datang dengan satu 'sumpahan' juga.

Sumpahannya dimana apabila orang membeli kerana populariti kita, orang akan stop membeli juga apabila populariti kita jatuh.

Maka oleh sebab itu ramai bila dah popular, dia sanggup buat apa saja untuk bagi diri dia kekal popular. Bukanlah dia desperate sangat nak jadi popular, tapi dia sedar kalau populariti dia jatuh, bisnes dia akan turut jatuh.

Itu baru satu sumpahan..

Belum lagi masuk bab hubungan dimana kawan, keluarga, pasangan, mungkin hanya mendekati dia kerana dia popular. Bila dia tidak lagi popular, semua akan lari tinggalkan dia.

Macam mana nak jadi kaya tanpa perlu popular?

1. Popularkan jenama kita
2. Hasilkan produk yang tinggi kualiti
3. Masuk dalam pasaran yang belum ada atau rendah persaingan
4. Jual kepada saiz pasaran kecil yang berbelanja besar
5. Kuasai skill pelaburan pelbagai bidang
6. Master dalam teknologi masa depan
7. Hasilkan sesuatu yang ramai orang perlukan

Ada banyak lagi tapi cukuplah 7 kot. Sebab dengan buat mana-mana salah satu diatas saja pun, kita dah boleh jadi kaya tanpa perlu kita jadi popular.