Ammar Zahar
1.58K subscribers
138 photos
1 file
265 links
Business Tips by Ammar Zahar
Download Telegram
Forwarded from FounderKit
Seorang founder, kalau nak berjaya dengan cepat, WAJIB buat networking dengan founder-founder lain.

Tak kira lah kalau kita ni introvert ke, pemalu ke, kena buat juga networking.

Dengan networking, banyak masa dan wang ringgit boleh kita jimatkan.

Saya ada terbaca di FB seorang founder meluahkan perasaan rugi berbelas ribu bila dia pasang billboard takde convert ke sales langsung.

Benda ni sebenarnya boleh elak kalau lah dia ada network dengan founder-founder lain yang pernah pasang billboard.

Banyak untungnya kalau ada networking ni..

Saya tau anda pun faham kelebihan join networking group sesama founder ni.

Masalahnya, nak join networking group sesama founder ni..

Bayaran terlalu mahal mencecah ribuan ke puluhan ribu ringgit sebulan

Kena ada syarat dah betul-betul jutawan baru boleh join

Hanya dibuka jika dijemput oleh orang dalam sahaja

Terpaksa masuk berlapis-lapis kelas baru boleh join networking group

Saya nak bantu founder-founder yang ada masalah ini.

Jadi untuk FounderKit ni, saya nak buat satu networking group yang..

✔️ Tak perlu bayar beribu untuk join

✔️ Tak perlu jadi jutawan baru layak

✔️ Dibuka untuk semua founder

✔️ Saya akan jemput network saya sekali join

✔️ Ada perjumpaan setiap bulan untuk update perkembangan

Basically, kita nak bina jemaah founder yang nak membina network sesama founder.

Syaratnya cuma anda perlu buktikan yang anda adalah seorang founder dan anda bayar sedikit wang komitmen setiap bulan.

Itu saja dan anda akan dapat masuk kedalam networking group ini.

Setiap bulan, saya juga akan jemput network saya seperti founder makanan, founder kosmetik, founder produk kesihatan, founder software, founder sukan, founder IPO/listed company yang telah buat juta-juta untuk anda berlaga lutut.

Program ni saya namakan..

🌟FOUNDER HANGOUT🌟

Adakah anda berminat untuk join group networking Founder Hangout ni?

Jika ya, WhatsApp ke https://wa.me/60102000230 apa bisnes anda dan berapa bayaran komitmen bulanan yang anda sanggup laburkan.

Harga adalah XXX sebulan buat masa ni dan mungkin bila dah ramai, kita terpaksa letak XXXX sebulan.

Whatsapp sekarang jika anda berminat! Kita ada kuota yang kecil dan first come first serve.
Forwarded from Sabazar Biz
Malam ni, khas untuk AGENT Sabazar..

Saya akan bocorkan formula Black Ops saya untuk buatkan TikTok video FYP dan viral sehingga 1 JUTA VIEWS.

Link akan diberikan dalam group khas Agent ya
Forwarded from FounderKit
Saya dapat banyak pertanyaan..

Boleh tak kalau founder yang dah buat produk oem atau produk lain, nak belajar secara personal dengan saya untuk grow bisnes ke 7 angka?

Saya jumpa banyak je founder terciduk ngadu kat saya..

Dah buat produk tapi tak jalan. Sampai trauma rasa dia terbiar terkontang-kanting hanyut dengan angan-angan.

Ada tu insof terus taknak meniaga dah. Katanya ini semua tipu-tipu je. Sampai tak percaya dah dalam negara madani ni benar-benar ada founder buat 7 angka dari zero.

Yesss ia benar berlaku!

Saya tak salahkan 💯 kat dia.

Kerana masalahnya adalah dekat orang yang mengajor dia.

Ramai orang ajar jadi founder tapi dia sendiri tak pernah jadi founder. Ini FAKTA 🤷

Saya? Layak ke nak mengajar jadi founder ni?

Pengalaman saya, mengajar usahawan ni dah lama.. Sejak 2010 lagi saya dah buat kelas mengajar usahawan. Sampai sekarang pun saya masih buat.

Lepas tu saya sendiri merasa pengalaman jadi founder 7 angka dari zero sejak 2016 sampai la sekarang.

Saya coach orang berdasarkan pengalaman saya. Bukan berdasarkan teori atau ambil pengalaman orang lain. Guna shortcut dan cheat code.

Dan siapa yang betul-betul follow, InsyaAllah akan dapat hasil.

Sebab saya bukan setakat coach dari segi marketing.
Malah saya coach networking, fundraising (cari modal), investing, property, dan banyak lagi.

Ye la kan, jadi founder kena kuasai banyak benda.

Ok kalau anda nak tau details, boleh whatsapp team saya di https://wa.me/60102000230.

Saya bagitau team saya tadi, saya hanya nak coach 5 orang saja. Saya tak nak ramai².

And 5 orang ni saya nak buat one to one, secara personal. Secara berjumpa dan zoom.

Cepat roger team saya sekarang! 5 orang terawal saja ya.
Forwarded from FounderKit
Saya dalam proses nak pencenkan jenama Jootawan sebab saya nak fokus kepada projek2 lain yang tak ada kena mengena dengan penerbitan produk informasi.

Jangan salah anggap..

Saya akan buat lagi guide dan produk info tapi fokus hanya kepada FounderKit dan Sabazar saja. Maksudnya content akan menjurus kepada content pounder dan pengedar shj.

Jootawan masih bergerak sebagai company, bukannya jenama didepan. Ini salah satu fokus saya kearah 2024 dan misi pssive incme. Benda2 active incme sy retire terus.

Jadi, saya akan let go mur-mur dalam satu pakej kesemua courses yang saya dah buat ni. Kalau tak let go macam sayang pulak ramai orang tak dapat manfaat dia.

Saya nak bagi pree tak boleh pulak tak adil pada yang dah bayor sebelum ni. So, siapa berminat nak dapatkan kesemua courses ni bolehla roger saya kat https://wa.me/60103110322
“Macam Mana Cara Saya HEALING?”

Dalam 17 tahun meniaga ni, menipu la kalau saya cakap saya tak pernah rasa jatuh. Time ekonomi bagus ke, ekonomi teruk ke, ada je rasa bisnes jatuh, bisnes tutup, bisnes kelaut.

Tapi apa yang saya buat?

Adakah saya merengek di sosial media? Adakah saya terus down duduk di bucu dinding mengenang nasib? Adakah saya gibap dan tidur sambil berharap semuanya berubah?

Tidak..

Saya kongsikan apa yang saya buat bila bisnes saya melingkup.

1. Post mortem

Benda ni sangat penting. Kita nak tau dulu kenapa kita melingkup. Kita dengan mudah boleh petik salah ekonomi la, salah kobid la, salah acik tingkat atas la. Tapi kena faham, kita nak ubah kena bergantung pada kita. Lantak la dengan faktor luaran walaupun ianya bencana alam. Tengok apa mistake kita. Dari situ baru kita dapat belajar.

2. Rangka plan

Dah tau kan silap kita kat mana. Now kita rangka plan baru hasil daripada pelajaran kita tu. Nak buat sesuatu, kena ada plan. Tak boleh buat semberono.

3. Cari key people

Once dah ada plan, kita kena cari key people yang boleh bantu kita laksanakan plan kita tu. Lambat nak buat/bangkit kalau kita tak ada key people. Nanti kita akan buat mistake yang sama lagi. So this time, cari la coach, mentor, network, yang been there done that untuk kita capai plan kita tu.

4. Fokus

Bila bisnes melingkup, ia datang dengan 1001 masalah. Saat ini ia boleh bagi kita distraction dan kita perlu letakkan fokus kita lebih 100% untuk capai plan kita tu. Fokus-fokus-fokus untuk capai semula apa yang kita nak hasil benda yang baru ni.

5. Doa

Kita kena doa, dan minta mak ayah kita doa, minta orang lain doakan supaya mudah urusan serta rancangan kita untuk buat benda ni.

6. Network positif

Bila kita dah gagal, biasanya orang negatif akan salahkan kita. Kita la yang dungu, kita la punca. Akan ada ramai yang minta kita stop je capai impian kita dan pergi hantar resume. Lagi kita ada persekitaran macam ni, lagi lah kita perlu ada network yang positif. Nak network positif, boleh join Founder Hangout dimana founder-founder akan hangout dan berborak positif.

Inilah step-step yang saya buat bila saya melalui fasa kejatuhan. Bagi saya, inilah “healing” yang sebenar. Bukannya “healing” kat luar sampai pagi tak balik.. Oh no..

Saya selalu anggap kegagalan, kejatuhan kita adalah sebuah proses dan ujian. Allah nak uji kita dan nak kita lalu proses itu untuk menjadikan kita lebih hebat.

Kalau kita lalu proses tersebut dan hadapi ujian itu dengan jayanya, kita pasti akan jadi orang yang lebih hebat lagi dari sebelumnya. Yang penting kita terus mencuba dan mencuba.

Selagi kita ada kesihatan yang baik, selagi itulah kita masih ada modal yang diberi pinjam oleh Allah untuk kita teruskan proses tersebut.
Forwarded from Sabazar Biz
Malam ni, khas untuk Dropship, Agent, dan Stokis Sabazar..

Saya akan kongsikan bagaimana nak buat closing menggunakan Whatsapp.

Link akan diberikan dalam group khas. Bagi yang nak join dropship, agent, atau Stokis, boleh join di https://wa.me/60146610994
Forwarded from Sabazar Biz
Masalah ramai peniaga online ni sebenarnya tak tau nak closing 😥.

Buat marketing macam post kat group-group, bagitau kawan 👯‍♂️, buat iklan promosi semua tu senang je.

Tapi bila leads dah start masuk 👨‍👩‍👧‍👦, tak tau pulak dia macam mana nak closing leads tu.

Jadi pada malam ni 10pm, Dropship, Agent, dan Stokis Sabazar akan belajar tentang cara-cara nak closing menggunakan Whatsapp.

Kelas ini PERCUMA 😲 untuk semua pengedar Sabazar.

Anda akan belajar 👇:

Step-by-step untuk closing prospek melalui Whatsapp.

Macam mana nak closing hanya dengan text

Apa nak buat bila prospek tak reply kita

Banyak lagi

Jom belajar Master of Closing pada malam ni! 🌃

Kalau anda masih belum join sebagai pengedar Sabazar, boleh la join dengan hubungi 👉 https://wa.me/60146610994
Forwarded from FounderKit
Setiap FOUNDER perlukan COACH ‼️

Siapa cakap Steve Jobs founder Apple tak ada coach?

Steve Jobs, Sergey Brin, Jack Dorsey (founder Apple, Google, dan Twitter) mempunyai coach mereka sendiri.

Coach mereka ialah Bill Campbell, seorang coach usahawan dan juga memang merupakan usahawan.

Saya pernah tengok founder-founder yang tak ada coach ni..

Bisnes dia biasanya..

😥 Stagnant. Dok takat tu je tak berkembang-kembang walau bertahun buat bisnes.

😥 Tercari-cari. Kejap buat tu, kejap buat ni. Sebab dia asyik tercari-cari je cara nak kembangkan bisnes.

😥 Banyak berhabis duit. Dia takde coach untuk dia tanya, so dia akan tiru je founder lain. Bila jadi peniru, orang lain dapat result, dia tak dapat.

😥 Silap langkah sentiasa. Dia asyik langgar dinding, silap langkah dalam berniaga. Sebab strategi dia pakai hentam kromo.

😥 Slow. Founder tanpa ada coach adalah founder yang bisnes dia slow macam siput. Sebab dia tak tahu macam mana nak pecut. Takut-takut.

Sebab itulah di FounderKit, kita menyediakan Founder Coaching.

Kita taknak founder buat perangai bukan-bukan bila handle bisnes dia yang menjahanamkan bisnes dia akhirnya.

Founder tanpa coach, ibarat belajar memandu tanpa guru memandu.

Kemana agaknya pergi kereta tu kalau tak ke gaung?

Hubungi FounderKit kalau anda nak join https://wa.me/60102000230
Forwarded from FounderKit
https://vt.tiktok.com/ZSN67Hxno/

Kebanyakan founder SALAH strategy 🤭
Lama saya tak buat sebarang post sebab busy train dan coach klien-klien saya. Mereka ni samada buat produk dengan saya, join business saya atau memang yang minta saya coach diorang.

Satu kelebihan bila saya ada bisnes yang dah automate, saya boleh buat kerja-kerja komuniti yang saya suka.

Salah satunya adalah berkongsi kepakaran saya dan juga guide orang untuk bantu dia capai apa yang dia nak.

Saya dah buat benda ni dari dulu lagi..

Sebenarnya ada sebab kenapa saya buat walaupun sekarang saya tak perlu buat pun takpe.

Reason utama dia adalah saya masih tak boleh lupa macam mana saya mula dalam bisnes dulu..

Berasal dari keluarga yang susah, saya mulakan bisnes dengan tak tau apa-apa.

Bila blur-blur katak, tak ada siapa yang guide maka saya banyak dengar cakap orang keliling.

Masalahnya orang keliling tu pun samada tak pernah meniaga ataupun tak pernah berjaya pun meniaga.

Selepas bisnes rasa macam tak bergerak, saya pun cari mentor yang boleh bimbing saya.

Alhamdulillah itulah permulaan paling baik yang saya buat dalam bisnes saya.

Mentor saya tu dia coach saya, train saya, dari saya budak hingusan sampai tau buat web, design, SEO, digital marketing, adsense semua tu.

Semua benda saya belajar masa umur saya 19 tahun lagi..

Saya sehingga hari ni berterima kasih banyak dekat coach dan mentor saya.

Walaupun dia buat bisnes cybercafé masa tu, dia sanggup luang masa buka peluang untuk saya belajar dari dia.

Saya dapat belajar one to one lagi tu..

Pengeras dia saya bayar dengan pinjam duit member + PTPTN.

Inilah gambel yang saya buat di awal-awal saya meniaga yang saya masih ingat sampai sekarang.

Saya jenis percaya..

Kalau saya nak buat sesuatu bisnes, saya akan cari coach dulu.

Saya masuk bisnes aromatherapy, saya habis berpuluh ribu gi ambil sijil aromatherapy di US, India, Indonesia. Siap gi kelas di Mardi dekat Melaka.

Saya masuk bisnes sukan, saya ambil sijil sukan dan berhabis ribuan ringgit juga.

Bagi saya, ini adalah shortcut.

Lagipun saya jenis kalau beli buku atau ebook, lambat betul nak habis baca. Bila dah habis baca pun mesti lupa.

Kalau join kelas ramai-ramai pula saya akan mengantuk. Rasa nak tidur je keje. Lepas habis kelas tu saya pun akan lupa apa yang saya belajar sebab mungkin saya tak bagi perhatian 100%.

Dan oleh kerana saya rasa kaedah pembelajaran paling berkesan dan cepat untuk saya adalah mentoring and coaching, sebab tu saya buka juga untuk orang ramai yang nak belajar dari saya.

Pengalaman saya 17 tahun meniaga ni, saya dah buat macam-macam jenis bisnes.

Seminar, media, internet, apps, software, kosmetik, kesihatan, makanan, dan banyak lagi.

Dengan apa yang saya dah lalui, saya yakin dapat kongsikan pengalaman saya kepada anda.

Kalau anda nak jadi sebahagian dari keluarga mentoring bisnes dari saya, boleh maklumkan pada pembantu saya di http://wa.me/60102000230

Nanti dia akan bagi details.

Ingat..

Semua orang boleh berjaya dengan cepat.. Dengan syarat dia tau shortcut 😉
Kita nak boikot tapi terlalu banyak rupanya kebergantungan kita.

Itulah masalah kita.

Kalaulah kita ada pilihan keluaran tempatan kan senang. Ini semua bergantung kat negara luar.

Kalau tak dari US, mesti dari China. Kalau tak China, mesti dari Singapore.

Tak ada platform/brand utama yang dibangunkan dari tempatan.

Contoh macam McD dengan Starbuck. Kita import dari US.

FB, X, Insta dari US. TT dari China. Tempat kita belanja online, Shopee pun Singapore punya.

Yang pernah berasal dari sini macam Grab pun dah lari ke Singapore.

Ini semua sebab dasar kerajaan dan sokongan dari pelabur untuk kita buat satu jenama dan bisnes tempatan, tidak menyokong kita.

Kerajaan sendiri lebih berminat untuk melabur dekat syarikat-syarikat startup dari luar negara.

Pelabur tempatan pula tak ada yang betul-betul setup VC untuk melabur jangkamasa panjang untuk startup tempatan.

Tycoon negara kita juga lebih gemar bawa masuk francais dari US untuk dibuka di negara kita berbanding menyokong jenama tempatan.

Jadi inilah hasilnya..

Kita terpaksa bergantung kepada jenama-jenama, dan produk-produk dari luar negara khususnya US.

Nak boikot pun terpaksa fikir banyak kali sebab hidup seharian kita memang perlu bergantung kepada barang mereka.

Bagi saya, boikot adalah solusi jangka pendek.

Long term solution, kita kena sokong dan bantu jenama-jenama tempatan.

Samada kita sendiri kena mulakan/bangunkan, atau kita jadi orang yang menyokong jenama kita.

Biar detik ini menjadi titik perjuangan kita.

Saya sendiri dah mulakan hentikan melanggan platform-platform dari luar dan start develop sendiri apa yang boleh.

Kurangkan juga makan dan minum dari jenama luar. Support kedai-kedai makan yang buka di taman-taman.

Selain dari dapat mengurangkan kekuatan bantuan negara haram, dapat juga menaikkan ekonomi dalam negara.
Dah nak masuk tahun baru, dah plan ke belum nak kickstart bisnes untuk 2024? Kalau belum, saya ada beberapa tips santai untuk masuk tahun 2024 ni.

1. Buang Perasaan Malas

Tahun baru, mindset baru! Buang jauh-jauh perasaan malas tu. Kita nak bisnes on point tahun depan, so kena ada semangat kejar cita-cita. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, betul tak?

2. Check Trend Pasaran

Check apa yang hot sekarang, apa yang orang suka. Kalau trend pasaran kait dengan bisnes tu, lagi bagus. Contohnya, kalau semua orang gila produk kesihatan, boleh la start bisnes supplement ke apa ke.

3. Target Pasaran Yang Betul

Jangan simply target semua orang. Kena tahu siapa target market kita. Kalau bisnes kita pasang bidai, takkan nak target orang yang dok atas pokok kelapa, kan? Fokus kat orang yang betul-betul berminat dengan produk atau servis kita.

4. Digital Marketing Yang Power

Tak kira la bisnes kecil ke besar, digital marketing penting gak. Social media tu kawan baik, jadi rajin-rajinlah update. Tak payah lah nak spam sangat, tapi keep it alive, gitu.

5. Plan Budget dengan Bijak

Tahun baru, budget baru. Kena la plan betul-betul. Jangan nak belanja macam datuk kita ada kilang duit. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak, betul tak?

6. Inovasi dan Kreativiti

Kalau nak standout, kena ada elemen inovasi. Try la buat sesuatu yang lain dari yang lain. Kreativiti tu kunci untuk tarik perhatian pelanggan.

7. Networking Power

Jangan malu nak network dengan orang sekitar. Kenal-kenal, borak-borak, siapa tahu boleh dapat rezeki lebih. Kawan-kawan bisnes tu penting.

8. Backup Plan Tak Salah

Plan A mungkin berjaya, tapi ada jugak Plan B just in case. Jangan nak confident sangat sampai takde backup plan. Sebabnya, hidup ni unpredictable, macam cuaca.

9. Rehat dan Relax

Buat bisnes penting, tapi jangan lupa rehat. Kalau tak, boleh terbakar otak. Relax-relax sikit, jangan nak stress sangat. Lepas tu, boleh lah buat bisnes dengan lebih bertenaga.

So, itulah beberapa tips nak merancang bisnes tahun 2024. Jangan lupa, key to success adalah konsisten dan tak cepat putus asa. All the best🚀🌟