Hafiz Shafie | Emas & Kewangan
1.78K subscribers
1.59K photos
40 videos
1 file
912 links
Saya Mohamad Hafiz b Shafie, penulis blog www.hafizshafie.com. Saya Master Dealer Public Gold dalam PGG100 Network. Hubungi saya 24/7 jika kalian perlu bantuan untuk memulakan simpanan emas Public Gold.
Download Telegram
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
GOLD MEROKET MALAM NI

Ini nasihat guru emas saya En Syukor Hashim,

Sesiapa yang nak topup gap, boleh berbuat demikian sebelum jam 12 tengah malam ini.

Kehangatan trade war makin memuncak.

China mengumumkan nak kenakan tariff keatas produk US.

Donald Trump dah naik angin dan mengarahkan syarikat US untuk cari alternatif lain selain China.

Gold sebagai aset selamat naik mendadak. Stok market jatuh tergolek malam ini.

Tiada jalan lain kepada emas melainkan ke atas ๐Ÿš€

#NotaEmasSyukorHashim
Dari FB Tuan Syukor Hashim
__

Gais.

Sekarang (Jumaat 3/1/2020) harga emas sedang melambung dan dijangka akan naik banyak lagi.

Kenapa?

Jawapan: Sebab krisis antara US dan Iran sedang memuncak.

Ceritanya, kedutaan US di Iraq telah diserang oleh pengganas pada malam tahun baru. US menuduh kumpulan penyerang ini disokong oleh Iran.

Sebagai tindakbalas, US atas arahan Donald Trump telah melancarkan serangan dron ke atas satu konvoi yang telah membunuh Jeneral Qassem Soleimani. Dia adalah antara Jeneral tertinggi di Iran.

Pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei menyatakan akan membalas dendam terhadap pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani.

Pada pendapat saya ini adalah krisis yang sangat besar. Ia melibatkan pembunuhan individu penting negara Iran. Kita tak tahu sejauh mana risiko tindakbalas Iran dan kita tidak tahu berapa lama konflik ini akan berterusan.

Worst case senario, perang. Kalau kurang sket... aktiviti pengganas akan meningkat.

Rantau Teluk adalah kawasan pengeluar minyak terbesar dunia. Jika berlaku pergolakan di sana, maka harga minyak akan mencanak naik dan harga emas turut akan naik.

Sekarang pun kita dah lihat harga emas naik dengan cepat, harga minyak naik dan pasaran saham sudah terjejas.

Saya percaya krisis Iran vs US dan ketegangan di Rantau Teluk akan meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Dalam era ketegangan politik maka emas menjadi aset selamat; aset pilihan pelabur.

Jika anda menyimpan emas, anda boleh senyum ๐Ÿ˜

Gais.

Jika belum simpan emas, boleh try ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

#NotaEmasSyukorHashim
Ini mentor saya En Syukor Hashim cakap,

Malam ini ada 2 berita positif yang menyebabkan harga emas jatuh:

1. Kemungkinan untuk US membuka semula ekonomi mereka setelah terpaksa menutup banyak bisnes akibat Koronavirus.

2. Sentimen positif terhadap kemungkinan penghasilan vaksin Koronavirus oleh US.

Sentimen positif ini menyebabkan pasaran saham meningkat 2.2% manakala emas jatuh ke paras support 1718 USD (tengok graf)

Boleh tak beli emas? Ye, sesuai sebab harga emas berada di garisan support (time frame H1 sejam)

Sekian, selamat membeli ๐Ÿฅณ

#NotaEmasSyukorHashim
Tulisan mentor emas saya, penulis blog www.jutawanemas.com Mahaguru Syukor Hashim
---------

Walaupun harga emas sekarang mencecah harga tertinggi sejak tahun 2011;

Namun penganalisis berpendapat "kenaikan harga emas baru dalam fasa baru ajer bermula"

Ini bermaksud emas akan berada di dalam trend harga menaik untuk jangka masa panjang (2 tahun keatas).

Kesan pandemik covid-19 menyebabkan ekonomi dunia menguncup, pasaran saham jatuh dan ekonomi US berada dalam situasi tidak menentu. Ia sangat bagus untuk emas.

Kemudian, untuk mengatasi masalah ekonomi yang mengucup, kebanyakan negara-negara di seluruh dunia membuat pakej rangsangan ekonomi dengan nilai billion. US sendiri mencetak duit dengan jumlah 2 trillion.

Kesan cetakan duit ini akan dapat dilihat mulai sekarang. Ia akan meningkatkan inflasi seterusnya menaikkan lagi harga emas.

Jika anda baru bermula. Harap anda boleh tersenyum. Emas mempunyai masa yang masih panjang untuk naik.

Kepada anda yang sedang menyimpan emas. Sila konsisten dan istiqamah.

Sekarang masa untuk emas.

Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan emas, maka anda boleh bermula.

#NotaEmasSyukorHashim
Ehh. Saya pun rasa teruja.
Ini perkongsian dari mentor emas saya.
----------------

Saya akan rasa teruja apabila terjumpa dengan duit syiling berusia tua.

Contohnya syiling 20 sen yang ditempa pada tahun 1976 (usia 44 tahun)

Sekiranya syiling ini boleh berkata-kata, sudah pasti dia boleh cerita kat kita, betapa besarnya kuasa beli dirinya 44 tahun yang lalu.

โ€œDulu nilai aku boleh beli sebiji nasi lemak, telur ayam separuh. Sekarang... perg... semua benda naik harga. Aku dah takder value macam duluโ€

Arwah Datuk saya pernah bagitau, dulu kuasa beli duit tinggi, sebab duit susah dapat.

Sekarang zaman duit senang dapat.

Duit kertas dicetak semakin banyak, lepas tu orang senang buat loan, hutang kad kredit (easy access to money).

Sebab itu kuasa beli duit semakin kecil.

Berbeza dengan simpan emas, nilainya makin naik, kuasa beli makin naik.

Waktu saya beli rantai tangan, tahun 2001, harga emas RM46 segram (emas 916)

Waktu saya mula membeli emas 999.9, tahun 2008 harganya RM101 segram.

Waktu saya tulis perenggan ini, harga emas RM269 segram.

Emas, hartanah dan tanah bagus untuk pelaburan jangka masa panjang, tapi kalau modal ciput, simpan ajer emas terlebih dahulu.

Sebab emas anda boleh simpan serendah RM100. Lepas tu simpanlah secara konsisten.

Biar muka kau tak hensem bro; asalkan emas kau ada berkilo-kilo ๐Ÿ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
Ini Huraian Mentor Saya Tentang Kenaikan Harga Emas

Gais.

Kenapa emas naik banyak hari ini?

Kita boleh nampak harga emas melambung sekitar jam 8.00 malam ketika pasaran London bertemu pasaran US.

Gold melonjak daripada USD1825/Oz kepada USD 1840/Oz

Apa sebabnya?

Faktor utama yang mendorong kenaikan harga emas adalah keputusan 27 kerajaan Kesatuan Eropah (EU) yang meluluskan pakej rangsangan/dana pemulihan (baca sebagai cetak duit) sebanyak 750 BILLION EURO.

Duit ini akan diedarkan kepada negara-negara ahli dan kepada sektor-sektor yang terjejas akibat covid-19 dalam bentuk geran dan pinjaman.

Sebagai tambahan kepada dana pemulihan, EU menyatakan bahawa budget mereka pada 2021 sehingga 2027 dianggarkan berjumlah 1.074 trilion euro.

Pakej rangsangan/dana pemulihan + budget 2021-2027 Kesatuan Erppah dijangka menjangkau 1.824 trilion euro.

Tuan puan sekalian, sila baca news ini seperti berikut:

Untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi; kesan covid-19, Kesatuan Eropah mencetak duit yang banyak untuk diedarkan kepada negara-negara ahli.

Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura kerajaan US juga akan menambahkan dana pakej rangsangan sebanyak 1 TRILLION USD (baca cetak duit lagi) bagi memulihkan ekonomi mereka akibat covid-19.

Duit yang banyak akan merangsang ekonomi tetapi kesan buruknya adalah ia akan menyebabkan risiko inflasi dan penurunan nilai matawang.

Dalam situasi inflasi dan penurunan nilai matawang, emas akan memainkan peranan sebagai pelindung nilai.

Sebab itu berita ini memberikan reaksi positif kepada harga emas.

Pada pendapat peribadi saya, pakej rangsangan/dana pemulihan Kesatuan Eropah dan US akan meningkatkan emas dalam jangka masa panjang (2-3 tahun minima).

Jadi untuk pelabur emas sekalian, walaupun harga emas tinggi di dalam Ringgit Malaysia, namun ia boleh naik lagi. Jadi anda teruskan membeli dan menyimpan untuk jangka masa panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Selamat datang harga 1900 USD๐Ÿฅณ

Kalau kita lihat gambar, semua kenaikan harga berlaku pada sesi New York.

Kenaikan hari ini didorong oleh tindakbalas China yang mengarahkan pejabat konsulat US di Chengdu ditutup.

Sebelum ini US telah mengarahkan agar pejabat konsulat China di Houston ditutup.

Ini membayangkan yang China tidak takut dan tidak tunduk dengan US.

โ€œYou nak gaduh dengan i ? Silakanโ€ kata China. ๐Ÿคœ๐Ÿป ๐Ÿค›

Siapa menang?
Emas dan Perak.

Gais, emas dan perak boleh pergi lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Faktor fundamental dilihat mendorong harga emas naik lebih tinggi.

Antaranya adalah:

1. Ancaman Covid-19,
2. pakej rangsangan trillion Dollar oleh US dan Kesatuan Eropah (baca sebagai cetak duit)
3. Pergeseran diantara US dan China.

Phew.. jarang kita boleh jumpa insiden-insiden besar ini berlaku serentak.

Beli emas dan perak sekarang dan nikmati kenaikannya dalam jangka masa 2-3 tahun lagi

Tulisan asal, mahaguru Syukor Hashim
#NotaEmasSyukorHashim
Kenapa harga emas jatuh semalam?

Jawapannya, semalam 7/8/2029 (Jumaat) ada berita yang besar dan boleh menggerakkan pasaran telah keluar.

Namanya non-farm payroll ini.

Data ini mengukur samada pekerjaan bertambah atau berkurangan di US pada bulan lepas.

Data ini penting kerana ia memberi gambaran terhadap kekuatan ekonomi US. Apatah lagi ketika US menghadapi ancaman COVID-19.

Adakah Covid-19 menyebabkan orang US hilang pekerjaan? Berapa banyak peluang pekerjaan baru dicipta? Ini semua dijawab di dalam

Data pekerjaan semalam adalah positif.

Ia menunjukkan pertambahan 1.8 juta pekerjaan, melepasi jangkaan penganalisis iaitu 1.48 juta pekerjaan.

Maklumat ini menggambarkan ekonomi US kuat kerana berjaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan meskipun mereka menghadapi ancaman Covid-19.

Pasaran saham meningkat dan emas jatuh.

Action plan. Beli emas untuk jangka masa panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Dari : Tuan Syukor Hashim

Ada berita penting saya nak share di sini.

Saya percaya berita ini mengembirakan pelabur emas dan perak.

2 hari lepas, pelabur lagenda dunia Warren Buffett membuat kejutan kepada pasaran dunia.

Ini kerana firma Warren Buffet, Berkshire Hathaway (bernilai USD 503 billion) dilaporkan telah menjual sebahagian besar pegangan saham perbankan mereka di Goldman Sachs dan membeli 20.9 juta saham syarikat perlombongan emas, Barrick Gold dengan nilai 563 juta USD.

Berkshire Hathaway turut menjual pegangan saham mereka dalam sektor perbankan seperti JP Morgan dan Well Fargo.

Kenapa perkara ini penting?

First sekali kita kena tahu personaliti Warren Buffett.

Beliau memegang prinsip โ€œvalue investingโ€ iaitu membeli saham syarikat-syarikat yang beliau rasakan dibawah nilai pasaran dan akan memegang saham tersebut selama yang mungkin.

Dengan membeli saham syarikat perlombongan emas Barrick Gold, Warren Buffet telah nampak potensi emas untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Warren Buffett dilihat mengelakkan diri dari melabur di dalam saham syarikat lombong emas.

Saya rasa gembira ๐Ÿ˜†.

Ini bermaksud, pelabur emas dan perak berada di landasan yang betul.

Jika pelabur lagenda dunia sudah join sekaki membeli saham pelombong emas, kita patut rasa gembira.

Covid-19 menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mencetak wang secara berleluasa, diatas nama stimulasi ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, risiko inflasi akan berlaku. Nilai duit akan jatuh.

Emas dan perak adalah aset kalis inflasi. Jadi bila inflasi tinggi maka harga emas dan perak akan menaik.

Gais, sekarang masa untuk membeli emas dan perak. Simpan untuk jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

Simpan dengan senyuman ๐Ÿ˜„.

Anda berada di landasan yang betul.

Sila #share maklumat ini.

#NotaEmasSyukorHashim
Soalan: Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š saya nak tanya . Kenapa harga emas semasa di Malaysia tak sama?

Contoh: Hari ini di kelantan emas rm252. 72 /gram dan harga semasa di Page Harga Emas Malaysia adalah RM263. 95/gram hari ini.

So yang mana satu yang diguna pakai sebenarnya?

Terima kasih

Jawapan: Di malaysia, kita tidak ada harga emas rasmi. Harga emas tidak dikawal oleh kerajaan.

Setiap penjual bebas untuk meletakkan harga masing-masing.

Ia tak salah dari segi undang-undang.

Jadi pengguna perlu bijaksana memilih emas yang terbaik.

Untuk memudahkan pemahaman, saya nak bagi satu contoh.

Harga coca-cola tidak dikawal oleh kerajaan. Kedai Speedmart 99 boleh jual harga RM1.60 sen. Kedai runcit Nasir jual harga RM2.00. Vending machine jual harga RM2.50 sen.

Tapi kalau beli coca-cola kat hotel 5 bintang, harganya RM10. Giler mahal.

Memandangkan harga coca-cola tidak dikawal maka maka kita tak perlu mempersoalkan kenapa hotel letak RM10 kan?

Apa yang penting, sebagai pengguna bijak, kita pilihlah untuk beli coca-cola di tempat yang murah.

Begitu juga dengan spread harga emas.

Ia tidak dikawal oleh kerajaan. Peniaga bebas meletakkan spread ikut suka hati mereka.

Ikut pengalaman saya, semua penjual emas kat Malaysia nie bijak-bijak belaka.

Untuk mengelakkan dari tertipu, anda perlu menjadi lebih bijak dari penjual ini.

Kredit kepada penulis asal, Mentor Saya
#NotaEmasSyukorHashim
Saya share balik, perkongsian guru emas saya, Tuan Syukor Hashim.

Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9

Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.

Pengiraannya adalah seperti berikut:

(๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต๐Ÿต/๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ) ๐˜… ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ = ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต <== ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต

Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama. Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold? Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.

Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.

Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?

Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaEmasSyukorHashim
Dari mahaguru emas Malaysia.
Tuan Syukor Hashim

Gais,

2 hari lepas negara Sri Lanka telah mengistiharkan bahawa negara itu telah muflis.

Bayangkan, sebuah negara dengan 22 juta penduduk ini muflis gara-gara hutang yang terlalu tinggi.

Sehingga surat khabar Berita Harian telah mengeluarkan artikel bertajuk โ€œMalaysia perlu mengambil iktibar daripada krisis Sri Lankaโ€

Baca artikel tersebut dibawah๐Ÿ‘‡

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943308/malaysia-perlu-ambil-iktibar-krisis-sri-lanka

Gais.

Kerajaan boleh datang dan pergi. Namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab menjaga kewangan diri sendiri.

Salah satu kesan terbesar krisis kewangan negara adalah apabila matawangnya boleh jatuh mendadak.

Contohnya Sri Lanka jatuh 38% berbanding USD dalam tempoh sekitar 2 bulan. Jadi kuasa beli duit mereka โ€œhilang dengan banyakโ€ kerana krisis kewangan.

Sebab itu anda perlu simpan sebahagian aset anda dalam bentuk emas fizikal.

Sebab emas sangat membantu ketika berlaku malapetaka seperti ini.

Kita belajar daripada pengalaman orang lain ๐Ÿ’ช

#NotaEmasSyukorHashim
Beli emas untung bulan-bulan.
Beli emas dan pajak, pastu beli dan pajak lagi. Harga naik boleh untung?

baca huraian guru emas Malaysia dekat sini :

Saya ada pengalaman 15 tahun dengan emas.

Saya telah melalui fasa strong uptrend 2008 - 2011 (gambar A)

Pada waktu ini, antara teknik yang popular ialah teknik 1+2 dan masuk arrahnu.

Anda beli 1 gold bar, company โ€œbagi free 2 ketul gold barโ€ lepas tu semua 3 ketul masuk Ar-Rahnu. Duit pinjaman tu semua company ambil.

Jadi pelabur โ€œdapat 3 ketul emasโ€, tetapi semua dalam Arrahnu dan hutang atas nama pelabur. Company dah dapat balik modal sebab hasil gadaian 3 ketul (termasuk yang pelabur punya mereka ambil).

Bila harga naik, company ajar buat overlap surat baru. Dapat duit lebihan, tapi pelabur tak sedar bahawa overlap surat tu = tambah hutang atas nama dia.

Teknik kedua ialah rempit.

Teknik yang popular tahun 2008 - 2011 (Tengok gambar A) Iaitu beli emas dengan modal besar, contohnya 20k nilai emas, lepas tu gi gadai dan dapat duit 85%.

Duit tu beli lagi emas, lepas tu gi gadai lagi, pastu dapat duit lagi 85% dan beli lagi emas, pastu gi gadai lagi dapat 85% duit, pastu beli lagi emas.

Cycle ini diulang-ulang sampai surat gadai tu penuh satu folder.

Namun bila trend harga emas menurun daripada tahun 2012 - 2015 (B), maka kesemua teknik ini bungkus habis. Tak relevan dengan trend harga emas yang semakin jatuh.

Waktu nie, skim cepat kaya naik macam cendawan. Pengelola cakap โ€œBuat apa kau beli emas dan simpan? RUGI!! Baik kau labur dengan syarikat kami (skim cepat kaya).

Kami akan ehem! ehem! dagangkan emas anda dan akan kongsi keuntungan dengan anda. Masa nie keluarlah skim ETA, pilot, pisang, kotak dan macam-macam istilah lagi.

Lepas tu. Tahun 2014, semua skim cepat kaya jatuh habis satu persatu. Nama nama popular seperti tok b******k dan k***** b***** semua lingkup. Kerugian dianggarkan berpuluh juta RM. Yang kena tipu majoriti orang Melayu.

Tahun 2015 - 2018 (C), harga emas sideway.

Waktu nie orang tak berapa minat nak beli emas. Sebab takde trend yang jelas. Naik sikit, jatuh balik. Naik sikit jatuh balik. Memang slow orang beli emas.

Tahun 2019 - 2020 (D) gold strong uptrend balik, faktor trade war us china, us vs iran dan covid-19 menyebabkan harga emas naik banyak dan cepat. Emas jadi trending balik.

Jadi banyak syarikat emas aktif kembali/ditubuhkan.

Macam macam-macam investment produk masuk pasaran.

Ada yang konservatif dan ada yang offer leverage. Ada yang offer gadaian murah takde tarikh luput.

Banyak nasihat dan skill pelaburan yang didendangkan oleh konsultan emas. Banyak yang perlu disemak akan kebenarannya.

Sekarang 2022 (E). Apakah trend harga emas? Adakah produk-produk investment baru mampu bertahan dengan trend? Kita tunggu dan lihat.

Namun satu perkara yang saya nampak sepanjang 15 tahun dengan emas nie.

Orang yang konsisten beli dan simpan emas akan untung dalam jangka masa panjang.

Straight forward beli dan simpan.

#NotaEmasSyukorHashim
Dari mentor emas No 1 Malaysia..

8/12/22 - Apa cerita dengan emas, hari nie?

Gais,

Ada satu peristiwa yang berpotensi menaikkan harga emas dengan sangat tinggi. Perkara ini ditulis di dalam satu artikel di Kitco News.

Apa ceritanya? Begini...

Sekarang ini US dan juga negara-negara G7 bersepakat untuk menetapkan harga syiling bagi minyak mentah dari Russia kepada USD60 setong.

Ini bertujuan mengurangkan pendapatan Russia kerana penjualan minyak merupakan hasil terbesar Russia.

Untuk pengetahuan anda Russia adalah negara kedua terbesar mengeksport minyak selepas Arab Saudi.

Memandangkan US dan Eropah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Russia (kerana melancarkan perang ke atas Ukraine) maka Russia tidak menjual minyak dalam USD atau Euro.

Jadi salah satu daripada tindak balas yang boleh dibuat oleh Russia adalah dengan menjual minyak mentah mereka di dalam bentuk emas.

Sebagai contoh ketika ini harga emas 1 gram adalah 57.51 usd. Untuk buat contoh mudah, kita anggap aja 1 gram emas = 60 usd.

Jadi jika Russia bersetuju untuk menjual 1 tong minyak dengan harga 1 gram emas, maka apa yang akan berlaku?

Jawapan: Permintaan untuk emas akan meningkat sebab pembeli minyak Russia terpaksa beli emas terlebih dahulu kemudian baru mereka boleh beli minyak.

Jadi adakah harga emas akan kekal pada 57.51 usd? Sudah tentu tidak! Permintaan pasaran yang tinggi akan menyebabkan harga emas naik daripada 57.51 usd segram kepada (mungkin 70 usd ke 80 usd segram)

Jadi, walaupun harga minyak 1 tong = 1 gram, namun harga 1 gram emas akan naik menyebabkan Russia tetap untung.

Kenapa? Sebab kenaikan harga emas menyebabkan sesiapa yang banyak emas akan beroleh keuntungan.

Nak mudah faham, sila baca kajian kes dibawah.

Katakan anda ingin menjual rumah dengan harga sekilo emas. Anda taknak duit. Anda nak pembeli bayar dengan harga 1 kilo emas.

Kalau anda jual rumah ini tahun 2010, waktu itu harga emas sekitar RM150, maka pembeli kena beli sekilo emas pada harga RM150,000 terlebih dahulu dan kemudian kasik anda 1 kilo emas.

Namun, kalau anda jual rumah tu pada tahun 2022 dengan kos 1 kilo emas, maka pembeli rumah tu terpaksa mengeluarkan RM268,000 (harga emas Disember 2022) untuk beli sekilo emas dan kemudian kasik 1 kilo emas tu kat anda.

Walaupun harga rumah hanya 1 kilo, namun sebab harga emas tu dah naik banyak menyebabkan jualan rumah tahun 2022 lebih untung.

Jadi, walaupun Russia menetapkan 1 gram emas = 1 tong minyak, namun di akhir nanti mereka akan untung juga.

Nampak tak?

Jadi, ini adalah salah satu faktor yang boleh mendorong kenaikan harga emas di masa hadapan. Ia belum berlaku lagi, namun ini adalah salah satu kemungkinan yang boleh berlaku.

Jadi, simpanlah emas dengan ilmu dan senyuman :)

#NotaEmasSyukorHashim
DARI GURU EMAS SAYA, UPDATE TERKINI

Hari Isnin, jam 6.00 pagi,adalah waktu pasaran emas dunia dibuka.

Kita dapat lihat harga emas emas naik USD16.60 sejurus selepas pasaran dibuka.

Kenaikan lebih kurang 0.9% ๐Ÿ“ˆ๐Ÿ“ˆ

Apa sebabnya?

Jawapan: Ini adalah kesan daripada serangan Hamas keatas Israel pada 6.30 pagi, hari Sabtu.

Sekurang-kurangnya 350 orang terkorban di Israel manakala 313 orang terkorban di Palestin akibat serangan balas daripada Israel.

Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengistiharkan perang ke atas Hamas.

Serangan sabtu lepas berlaku pada ulangtahun ke 50 perang Yom kippur 1973 di mana jiran-jiran negara Arab melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada 6 Oktober 1973.

Gais.

Kenaikan harga emas hari ini berpunca daripada ketegangan geopolitik antara Hamas dan juga Israel.

Jika krisis ini berlanjutan maka kita akan melihat harga emas akan naik lagi.

Namun melihat harga emas naik sebab perang nie bukanlah sesuatu yang menarik, sebab perang mengorbankan jiwa manusia yang tidak berdosa.

Marilah kita berdoa kepada saudara-saudara kita di Palestin.

9.Oktober.2023

#NotaEmasSyukorHashim
Ini berita pagi tadi. Guru emas saya, Tuan Syukor Hashim terangkan tentang apa kesan dengan harga emas tentang isu ni...

___________๐Ÿ‘‡

Iran telah melancarkan serangan ke atas Israel.

Serangan adalah dalam bentuk serangan dron, peluru berpandu krus dan peluru berpandu balistik.

Ini dikategorikan sebagai serangan ketenteraan Iran ke atas Israel.

Serangan ini berpotensi untuk membuka ruang kepada konflik yang lebih besar kerana melibatkan 2 negara.

Kita boleh lihat tindak pasaran hari Isnin 6 pagi. Adakah pasaran melihat konflik ini sebagai sesuatu yang serius?

Jika ya, emas, perak dan minyak akan naik mendadak pagi Isnin nanti.

#NotaEmasSyukorHashim
14/4/2024
Update dari Tuan Syukor Hashim
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Jam 6.00 pagi nanti (Isnin), kita akan melihat tindakbalas harga emas dan perak terhadap serangan Iran ke atas Israel.

Sekiranya market merasakan serangan ini akan meningkatkan ketegangan geopolitikal di Timur Tengah, maka harga emas akan naik meroket.

Jika market merasakan ketegangan reda dan tiada tindakbalas dari Israel, maka emas perak akan naik juga, tapi tak tegak meroket. Atau pun harga akan naik tapi akan turun balik ketika sesi US open (malam waktu Malaysia).

Namun, Russia sudah bersuara dan memohon Israel dan Iran menahan diri daripada menambahkan ketegangan.

Untuk pengetahuan anda, Russia mempunyai hubungan yang baik dengan Iran, manakala US pula berada di pihak Israel.

Situasi yang menarik untuk diperhatikan!

#NotaEmasSyukorHashim